Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

17 December 2011

Peribahasa Dewan (B)

1. bagai babi merasa gulai prb dikatakan kpd orang yg hendak menyama-nyamai orang besar (kaya dll);


2. badak makan anak prb membuang anak sendiri;


3. anak badak dihambat-hambat prb dgn sengaja mencari bahaya;


4. sayang anak badak tampung, cucu konon badak raya prb hairan, seseorang yg bukan bangsawan tetapi mengaku dirinya kerabat raja.


5. badan boleh dimiliki, tetapi hatinya tidak prb walaupun menjadi atau bersifat spt hamba atau orang lemah terhadap orang yg berkuasa, namun hatinya tidak begitu;


6. hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga prb budi bahasa yg tidak akan dilupakan orang;


7. rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku prb kerana penyakit, rupa kita boleh menjadi buruk dan kerana kelakuan jahat, nama baik bangsa atau suku itu boleh tercemar;


8. beroleh badar tertimbakan prb mendapat keuntungan yg tidak disangka-sangka;


9. melonjak badar, melonjak gerundang prb meniru-niru orang yg besar (kaya, mulia).


10. bahasa dan bangsa itu tiada dijual atau dibeli prb hendaklah menjaga budi bahasa walau drpd kaum yg hina sekalipun (walaupun kaya kalau tiada budi bahasa dihina orang juga);


11. bahasa menunjukkan bangsa prb drpd budi bahasa, orang dapat menilai kita;


12. memikul di bahu, menjunjung di kepala prb mengerjakan sesuatu pekerjaan haruslah menurut peraturannya supaya selamat;


13. tangan mencencang (menetak, memetik) bahu memikul prb siapa yg bersalah harus menanggung akibatnya;


14. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, tetapi pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat;


15. baju indah dr balai, tiba di rumah menyarungkan prb hukum yg telah putus dan tidak boleh dibanding lagi;


16. bagai memakai baju sempit prb perbuatan yg tidak sesuai dgn keadaan diri;


17. mengukur baju di badan sendiri prb kejahatan kita jangan dijadikan pengukur kejahatan orang lain (atau darjat kita jangan disamakan dgn darjat orang lain);


18. mencabik baju di dada prb menceritakan aib sendiri;


19. dibakar tiada hangus prb tidak dapat dipengapakan (kerana degil, berkuasa, dll);


20. bala lalu dibawa singgah prb dgn sengaja mencari kesusahan dll;


21. bagai balam dgn ketitir prb perihal dua orang yg tidak dapat bermuafakat, masing-masing membanggakan diri.


22. ada hujan ada panas, ada hari boleh balas prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;


23. bandar terbuka dagangan murah, badan sudah tua prb keinginan (pekerjaan) datang waktu kita tidak berwang (lemah);


24. ayam bandung dua anak ayam yg keluar dr satu biji telur;


25. rumah bandung dua buah rumah yg dijadikan (bercantum menjadi) satu;


26. telur dua bandung, pecah satu pecah kedua prb orang yg satu hati, sehidup semati.


27. bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru prb kejahatan yg besar itu tidak dapat disembunyikan;


28. ada bangkai adalah hering prb di mana ada perempuan jahat tentu ada laki-laki yg jahat pula;


29. menjemur bangkai ke atas (ke puncak) bukit prb mengaibkan diri sendiri;


30. lepas bantal berganti tikar prb laki-laki yg berkahwin dgn saudara atau keluarga isterinya yg meninggal;


31. mata tidur bantal berjaga prb perempuan yg berbuat jahat ketika suaminya lengah;


32. orang mengantuk disorongkan bantal prb mendapat sesuatu yg diperlukan dgn tidak disangka-sangka;


33. (bagai) terpijak bara hangat prb gelisah kerana sesuatu perkara;


34. genggam bara api biar jadi arang prb jika melakukan pekerjaan yg susah haruslah dgn sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti;


35. jangan digenggam spt bara api terasa hangat dilepaskan prb sia-sia berbuat pekerjaan yg separuh jalan, terasa penat berhenti;


36. jejak-jejak bara prb hampir-hampir sampai;


37. menggeletek-geletek bagai bara bilah prb dikatakan kpd orang yg mengada-ada;


38. tarik puntung padamlah bara prb apabila telah mati hilanglah daya upaya;


39. naik basuh kaki = tak payah ~ kaki tangan prb mengerjakan sesuatu pekerjaan dgn senang;


40. ada batang, cendawan tumbuh prb di mana juga kita duduk ada rezeki kita;


41. angkat batang, keluar cacing gelang-gelang prb mengerjakan pekerjaan orang yg terbengkalai, satu faedah pun tidak diperoleh;


42. di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh prb di mana perkara berlaku, di situ pula diselesaikan;


43. kena batang hidung prb berasa terkena (tersindir, terhina, dll);


44. sepuluh batang bertindih, satu dua petalasannya prb bagaimana sekalipun perkataan yg benar itulah pangkalnya;


45. sungguhpun batang merdeka, ingat pucuk akan terhempas prb pekerjaan itu jangan sebahagian sahaja yg diingat, tetapi dr awal sampai ke akhirnya;


46. terkena pd ikan bersorak, terkena pd batu masam prb hal orang berkawan yg mahu beruntung sahaja dan tidak mahu berugi; batu bulat tak bersanding = batu hitam tak bersanding prb orang yg kelihatan lemah lembut tingkah lakunya dsb, tetapi sebenarnya keras hatinya (tidak takut menghadapi sesuatu);


47. batu direbus masakan empuk prb orang yg bodoh itu bagaimanapun tidak mungkin diajar;


48. batu jatuh ke lubuk prb hilang lenyap;


49. batu kecil berguling naik, batu besar berguling turun prb orang yg hina menjadi mulia kerana harta dan orang yg berasal menjadi hina kerana tidak berharta;


50. batu pelesing prb orang yg kecil tetapi berhati keras;


51. batu pun empuk, jangan hati manusia prb perkataan yg lemah lembut boleh menawan hati;


52. batu yg keras air pelekuknya, hati yg keras lidah pelembutnya prb orang yg keras hati itu hanya dapat dipujuk dgn kata yg lemah lembut;


53. batu yg selalu bergolek dlm sungai itu tiada dihinggapi lumut prb orang yg selalu menambah pengetahuannya tidak dapat ditipu orang, atau orang yg tidak tetap mata pencariannya tidak akan kaya;


54. berbunyi batu, berbunyilah dia prb orang yg tidak dapat berkata-kata (menjawab) kerana kedapatan kesalahannya;


55. lempar batu sembunyi tangan prb melakukan sesuatu (kejahatan dll) tetapi kemudian berdiam diri seolah-olah tidak tahu-menahu;


56. mencampakkan batu keluar prb menolong orang lain tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri;


57. muncung penuh air, perut berisi batu prb tidak dapat mengatakan sesuatu (bkn kesalahan orang) kerana telah terhutang budi;


58. patah batu hatinya prb habis seluruh kemahuannya (minatnya) utk meneruskan pekerjaan dll;


59. tiada terkajang batu di pulau prb tidak terlayan kehendak semua orang;


60. bau busuk tidak berbangkai prb fitnah (celaan) yg tidak beralasan;


61. ayam terlepas, tangan bau tahi prb orang yg hendak mencemarkan seorang gadis tetapi tidak sampai maksud hanya beroleh malu;


62. jauh bau bunga, dekat bau tahi prb berkasih-kasihan itu lebih kekal dr jauh drpd berdekatan;


63. umpama kesturi, kerana bau hilang nyawanya prb orang yg menunjukkan sesuatu yg berharga kpd orang yg tidak dapat dipercayai hingga mendapat bencana sendiri;


64. niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit prb lain yg diingini, lain yg didapat (diingini adik tetapi mendapat kakak).


65. bayang disangka tubuh prb mengharap sesuatu yg belum pasti;


66. bayang sepanjang badan (tubuh) prb sesuatu yg dikerjakan hendaknya berpadanan dgn kekuatan diri;


67. bayang tidak sepanjang badan prb berbuat sesuatu yg melebihi kemampuan;


68. dimabuk bayang prb ingin akan sesuatu yg mustahil;


69. takutkan bayang sendiri prb takut kerana perbuatan buruknya sendiri;


70. beban berat senggulung batu prb tanggungan yg sangat berat;


71. beban sudah di pintu prb beban sudah dekat utk dibawa (anak perempuan yg sudah patut dipersuamikan);


72. besar senggulung drpd beban prb besar belanja drpd pendapatan;


73. ibarat beban belum lepas dr bahu (kepala) prb belum lepas drpd tanggungan;


74. seberat-berat beban, di atas kepala jua prb betapa pun berat tanggungan harus dipikul sendiri juga (orang lain hanya sekadar membantu);


75. seberat-berat beban, laba jangan ditinggalkan prb walaupun sedang mengerjakan pekerjaan berat tetapi kalau ada jalan keuntungan, jangan dibiarkan lalu saja keuntungan itu;


76. tiada beban dicari beban, pergi ke pulau batu digalas prb mencampuri perkara orang dan beroleh kesusahan sendiri;


77. gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan prb hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri binasa.


78. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak prb harus pandai menyesuaikan diri pd setiap keadaan;


79. tidak hujan lagi becak, inikan pula hujan prb semasa senang sahaja sudah susah, apa lagi semasa susah;


80. menghadapkan bedil pulang prb merugikan kaum keluarga sendiri;


81. menjual bedil kpd lawan prb mencelakakan diri sendiri;


82. seletus bedil berbunyi, mencelur ikan dlm laut, berkokok ayam dlm hutan prb kata yg sepatah dapat menggemparkan orang di mana-mana (jika hendak berkata-kata, fikirlah dahulu supaya jangan menjadi heboh);


83. bagai belacan dikerat dua prb hal yg mendatangkan aib kpd kedua-dua belah pihak;


84. spt kera kena belacan prb sangat gelisah.


85. belakang parang lagi (kalau) diasah nescaya tajam prb biar bodoh sekalipun, kalau belajar nescaya akan pandai juga;


86. balik belakang lain bicara prb kalau berjauhan, lain perbuatannya (merugikan dll kawan);


87. mati gajah tiada dapat belalainya, mati harimau tiada dapat belangnya prb orang dagang itu tiada sama haknya dgn anak negeri.


88. belalang dapat menuai prb mendapat keuntungan dgn tidak sengaja (waktu mengerjakan suatu pekerjaan);


89. belalang telah menjadi helang prb orang yg bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia;


90. bagai mencari belalang atas akar prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil mendatangkan hasil;


91. mata belalang belum pecah, sudah hendak membuta prb dikatakan kpd orang yg hendak tidur malam terlalu awal (siang-siang).


92. bagai belanda minta tanah prb (sesudah) diberi sedikit, minta lagi banyak;


93. spt belanda kesiangan prb bertingkah laku spt orang Belanda;


94. tidak mati oleh belanda prb orang yg telah kaya betul tidak akan jatuh miskin lagi (walaupun rugi dlm perniagaan dll);


95. harimau menunjukkan belangnya prb orang yg memperlihatkan kekuasaannya;


96. orang mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belangnya prb orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama buruk;


97. alah (kalah) beli menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai;


98. gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat


99. mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada);


100. belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang prb orang yg faham akan maksud sesuatu isyarat;


101. belum duduk sudah berlunjur prb perbuatan yg melampaui had (melakukan pekerjaan yg sebenarnya belum sampai lagi masanya);


102. belut kena ranjau (getah) prb orang yg cerdik kena tipu;


103. bagai belut digetir (diketil) ekor prb cepat sekali;


104. bagai menyukat belut hidup prb pekerjaan yg sia-sia;


105. bagai belut diregang prb orang yg tinggi dan kurus (atau sakit pinggang);


106. licin bagai belut prb tiada mudah ditipu (cerdik);


107. spt belut pulang ke lumpur prb orang yg telah balik ke tempat asalnya dan payah akan pergi lagi;


108. bemban bukan terung prb perihal orang yg bercakap besar mengenai dirinya.


109. bagai benang dilanda ayam prb kusut masai;


110. menegakkan benang basah prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil;


111. melanggar ~ hitam prb melanggar pantang larang, melanggar adat resam;


112. sehari selembar ~, lama-lama jadi kain prb sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga;


113. hendak seribu daya, benci seribu bencana prb membuat sesuatu dgn kemahuan sendiri lebih mudah dikerjakan drpd kebalikannya;


114. lain bengkak, lain bernanah prb orang lain yg bersalah orang lain yg menanggung akibatnya;


115. benih yg baik tak memilih tanah = jika asal benih yg baik jatuh ke laut menjadi pulau prb orang yg berketurunan baik ke mana pun perginya akan baik juga jadinya;


116. asal ditugal adalah benih prb tidak usah disusahkan, tidak akan ada orang yg menolong dlm mengerjakan pekerjaan yg baik;


117. spt burung gagak pulang ke benua prb orang pulang merantau jauh yg tidak bertambah pengetahuannya;


118. siapa mengaku berak di tengah jalan prb apabila sesuatu kejahatan yg dibuat secara sulit diketahui orang, yg membuatnya tidak akan mengaku;


119. berani hilang tak hilang, berani mati tak mati prb mengerjakan sesuatu hendaklah dgn keberanian;


120. berani malu, takut mati prb pengecut;


121. berani menjual, berani membeli prb a) apa-apa yg dikerjakan (dikatakan), hendaklah ditimbang-timbang (jangan mengenai orang lain); b) tidak saja mahu menyuruh, mengerjakan pun mahu juga;


122. berani pegang, berani tanggung = barang siapa berani mengamang, tak dapat tidak melawan prb tiap-tiap yg dicakapkan akan berani pula dikerjakan;


123. beras terdorong ke Tiku prb a) perihal barang yg mesti dijual biarpun berapa harganya kerana belanja mengangkutnya kembali besar; b) gadis yg tidak dapat memilih jodohnya kerana umurnya sudah lanjut;


124. kalau tiada beras, kerja tiada deras prb jika tidak ada daya, terimalah nasib;


125. spt beras lembap, dijual tak laku, ditanak tak mual prb sesuatu yg tidak berharga (kurang baik):


126. tak beras, antah dikisik prb utk mencapai maksud dilakukan segala-gala daya upaya;


127. taruh beras dlm padi prb nasihat menyuruh simpan rahsia baik-baik;


128. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing prb baik buruk sama-sama dipikul (semuafakat);


129. berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul prb betapa juga susah orang yg melihat sesuatu kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yg menanggungnya;


130. nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing prb orang yg sangat tua dan lemah;


131. beri barang kpd tangan kera prb menyerahkan sesuatu kpd orang yg akan merosakkannya;


132. bagai kera kena ipuh prb menggeliat-geliat kerana kesakitan;


133. berhakim kpd kera prb meminta hukum kpd orang yg tamak;


134. bertukar kera dgn cigak prb menukar yg lama dgn yg baru padahal sama juga buruknya;


135. mabuk kerana kera berayun prb asyik memerhatikan sesuatu yg tidak berguna dgn menghabiskan masa.


136. besar kayu besar bahannya = besar periuk besar keraknya prb banyak penghasilan banyak pula belanjanya;


137. besar pasak drpd tiang prb lebih besar belanja drpd pendapatan;


138. besi baik tiada berkarat (budi baik tidak dilupakan) prb perbuatan yg baik itu tetap terpuji selamanya;


139. asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk prb asal atau darjat seseorang ditentukan pd tingkah lakunya;


140. dahulu parang, sekarang besi prb dahulu sayang, sekarang benci;


141. memegang besi panas prb berbuat suatu pekerjaan yg tidak tetap (dgn khuatir dan ketakutan);


142. sedencing bagai besi, seciap bagai ayam prb mengerjakan sesuatu bersama-sama (baik ringan mahupun berat);


143. baik jadi ayam betina supaya selamat prb tidak usah kita menunjukkan keberanian kita kerana kelak mendatangkan mudarat;


144. diberi betis, hendak paha prb diberi sedikit, hendak banyak;


145. bongkok baru betul, (buta baru celik) prb angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat;


146. betung ditanam aur tumbuh prb diharapkan yg baik, kiranya dapat yg buruk;


147. betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang prb orang (anak bujang atau orang dagang) yg bebas dan tidak ada ikatan apa-apa;


148. bagai membelah betung = memijakkan betung sebelah prb tidak adil atau berat sebelah (bkn pendirian dll);


149. bereda (berteduh) di bawah betung prb pertolongan yg tidak memadai;


150. alah bisa tegal (kerana, oleh) biasa prb segala kesukaran dsb tidak lagi terasa sesudah biasa (mengalami, melakukan, dsb sesuatu);


151. biawak kudung masuk kampung prb tersesat ke kampung musuh atau pencuri yg dikenali oleh orang ramai;


152. bila pula biawak duduk prb hal sesuatu yg mustahil;


153. mendukung biawak hidup prb melakukan sesuatu yg menyusahkan diri sendiri;


154. bibir saya bukan diretak panas prb kata-kata saya bukan sia-sia atau dusta (benar sbg yg diramalkan);


155. apa payahnya menawakkan (menaupkan) bibir atas bawah prb banyak janji, tetapi tidak ditepati;


156. jadi buah bibir prb tidak lepas drpd sebutan orang;


157. menghapus bibir prb a) orang yg sangat kecewa kerana tidak mendapat keuntungan yg diharapkannya (sebab terlalai); b)sampai ke perjamuan pd masa selesai;


158. panjang bibir orang memperkatakan si polan prb tidak berhenti orang mempercakapkan si polan yg tidak baik;


159. jikalau beranak ikut kata bidan prb jika kita berkehendak sesuatu drpd orang lain, hendaklah kita turut apa yg dikatakannya;


160. biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju prb suatu pekerjaan yg dikerjakan tanpa kepandaian payah berhasil;


161. biduk lalu kiambang bertaut prb lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yg bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik balik;


162. biduk pecah nakhoda mati, anak buah cerai-berai prb perihal suatu perusahaan yg bankrap, ketuanya meninggal dan pekerjanya kucar-kacir;


163. biduk satu, nakhoda dua prb a) orang yg menduakan suami; b) suatu pekerjaan yg ketuanya dua orang;


164. biduk upih pengayuh bilah prb tiada berdaya utk mengerjakan sesuatu pekerjaan;


165. lain biduk lain digalang prb a) lain disoal lain dijawab; b) lain yg berbuat salah, lain pula yg tertuduh;


166. pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh prb kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak tampak;


167. spt biduk dikayuh hilir prb mengerjakan pekerjaan yg sedia digemarinya;


168. terkatung-katung macam biduk patah kemudi prb peri sengsara di rantau orang dan tidak ada orang yg menolong;


169. tertumbuk biduk dikelokkan, tertumbuk kata difikiri prb kalau sesuatu pekerjaan terbantut, hendaklah dicari jalan lain;


170. tertumpang di biduk tiris prb terikat (tersekutui) pd pekerjaan yg merugikan;


171. tiada biduk karam sebelah prb apabila seseorang mendapat kesusahan, kaum keluarganya menderita juga;


172. bagai meramas biji cempedak prb sungguh-sungguh utk mengalahkan (seseorang) atau menghadapi orang yg pandai berdolak-dalik;


173. menanam biji atas batu prb sia-sia memberi nasihat kpd orang yg tidak mempedulikannya;


174. tertanam di biji hampa prb yg ditanam bukan biji yg bernas (usaha yg tidak akan berhasil);


175. umpama bilah atau lidi yg terselat pd dinding, dapat juga diambil akan cungkil gigi atau cungkil telinga prb orang yg bodoh atau daif sekalipun ada gunanya.


176. tak usah bimbang, gula di dlm mulut, bila hendak telan, telan prb apa yg dikhuatirkan lagi, benda itu sudah dlm milik kita;


177. sebab mulut badan binasa; arang habis besi binasa, tukang hembus penat saja = tuba binasa, ikan tak dapat prb perbuatan yg tidak memberi hasil, hanya mendatangkan rugi;


178. binatang tahan palu, manusia tahan kias prb mengajar binatang dgn pukulan, mengajar manusia dgn kiasan (sindiran);


179. yg bingung makanan yg cerdik, yg tidur makanan yg jaga prb penipu selalu mengakali orang yg bodoh dan pencuri mencuri di tempat orang yg tidur;


180. bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikut prb orang yg bodoh tetapi tidak mahu menurut nasihat orang;


181. hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka prb akal itu hendaklah dipelihara, kerana jikalau akal hilang dapat membawa kebinasaan;


182. orang bini-binian, beranak tak boleh disuruh prb pekerjaan yg tidak tetap selalu mendatangkan rugi;


183. bintang di langit dapat dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar prb kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak sedar;


184. sepuluh bintang bertabur, bolehkah sama dgn bulan yg satu prb tempat menambatkan kasih sayang yg sesungguhnya itu tidak dapat diganti (walaupun berpuluh penggantinya);


185. adakah hilang bisa ular menyusup di bawah akar prb orang besar itu tidak hilang martabatnya kalau ia merendahkan diri;


186. alah bisa tegal biasa prb bahaya hilang kerana kebiasaan;


187. pisau senjata tiada bisa, bisa lagi mulut manusia prb lebih sakit lagi dilukai dgn kata-kata drpd dgn senjata;


188. bagai si bisu berasian, terasa ada terkatakan tidak prb tidak dapat mengatakan sesuatu walaupun tahu;


189. yg bisu penggera (penghalau) ayam prb seseorang itu bagaimanapun bodoh atau lemahnya ada juga gunanya;


190. bongkok baru betul (buta baru celik) prb jikalau orang baru memperoleh kemuliaan dan kesenangan maka ia pun mengada-ada;


191. bongkok kail nak mendapat (mengena) prb tipu muslihat itu ialah utk mencari keuntungan bagi diri sendiri;


192. di mana kayu bongkok, di sanalah hendak meniti prb orang yg bodoh mudah kena tipu;


193. tak tahu di bongkok tidur prb tidak tahu akan kekurangan diri sendiri;


194. takkan bongkok sebab menyorok prb tidak hina mengerjakan pekerjaan yg dipandang rendah jika utk maksud yg baik;


195. yg bongkok juga dimakan sarung prb yg bersalah juga yg akan menanggung dosa;


196. buah masak tergantung tinggi, akan dijolok penggalah singkat, akan ditingkat batangnya licin prb tidak berdaya utk mencapai yg dicita-citakan (diharapkan);


197. buah yg manis berulat di dalamnya prb mulut manis biasanya mengandung maksud yg jahat;


198. bagai buah keras di dlm sekul prb bercakap dgn tergopoh-gopoh;


199. di mana buah masak, di situ burung banyak tampil prb kalau kita sedang baik untung, banyak sahabat berkerumun;


200. laksana buah masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri prb barang yg telah tua itu dgn sedikit tenaga rosaklah ia;


201. sebab buah dikenal pohonnya prb drpd pertuturan dan perangai seseorang, dapat diketahui asalnya;


202. adakah buaya menolak bangkai prb orang yg jahat tidak akan meninggalkan kesempatan utk membuat kejahatan;


203. air tenang, jangan disangka tiada buaya prb orang yg tidak banyak cakap itu, jangan dipermudah (jangan disangka tiada berani dll);


204. bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau prb perbuatan yg sia-sia itu ditertawakan orang;


205. kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh buaya, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil-kecil prb kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang besar, jangan dianiaya oleh orang kecil-kecil;


206. tak akan terlawan buaya menyelam air prb tidak mungkin kita melawan orang yg kaya (berkuasa, pandai, dll);


207. tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga (sedia) prb tidak usah diajar orang yg sudah tahu;


208. bubu duduk jiwaku hilang prb sia-sia melawan orang yg lebih drpd kita (hanya menyusahkan diri sendiri);


209. nasi sudah menjadi bubur prb sesuatu (perbuatan dll) yg sudah terlanjur.


210. kurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam prb orang yg kurang akal (pelajaran) akan mendapat kesusahan;


211. sebab budi boleh kedapatan prb kelakuannya sendiri yg menyebabkan kerugian (kerosakan);


212. bak bujang jolong berkeris (bersubang) prb orang yg sombong kerana kekayaan (kebahagiaan) yg baru diperoleh;


213. bak budi setahun sudah betetak, bak gadis setahun sudah memanjangkan gombak prb orang yg menjadi sombong kerana mendapat kekayaan (kemuliaan);


214. membujur lalu, terlintang patah prb perintah yg tidak dapat dialang-alang (terpaksa diturut).


215. bukit jadi paya, paya jadi bukit prb orang kaya (mulia) jadi miskin (hina) dan sebaliknya (nasib manusia itu tidak tetap);


216. bukitlah tinggi, lurahlah dalam prb seseorang yg telah tua dan tidak dapat ke sana sini lagi;


217. berbukit di balik pendakian prb lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran;


218. buku dlm hati prb yg terasa dlm hati;


219. bertemu ruas dgn buku prb sesuai benar;


220. cari umbut kena ~ prb dicari baik, tetapi dapat yg tidak berguna;


221. jangan sangat pemilih, takut terkena buku buluh = pilih-pilih ruas, terpilih pd buku prb janganlah terlalu memilih;


222. orang bertemu buku prb orang yg selalu dlm perselisihan kalau bergaul;


223. bulan dipagar bintang prb sudah patut benar, sangat cocok;


224. bagai bulan empat belas prb peri keelokan muka perempuan;


225. (bagai) ~ kesiangan prb pucat (tidak jernih, terang);


226. jirus bagai bulan akan habis prb makin lama makin kurang (modal dll);


227. spt bulan dgn matahari prb sudah sepadan (sejodoh dll);


228. spt bulan dimakan Rahu prb menyatakan betapa asyiknya seorang laki-laki memeluk kekasihnya;


229. (spt) kejatuhan bulan prb menyatakan keuntungan yg besar;


230. siang bagai hari, terang bagai bulan prb sudah terang sekali (kesalahan dll);


231. bulang sali, kacak sama, tinggal lagi mujur malangnya prb sama kuat (kalah menangnya bergantung pd nasib);


232. bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat prb Mn kata sepakat tercapai dgn mesyuarat;


233. bulat boleh digilingkan, pipih boleh dilayangkan prb Mn sudah semuafakat benar-benar;


234. carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum pula prb orang yg bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan;


235. isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita prb yg baik-baik dapat oleh orang, yg tidak berharga bagi kita;


236. terlayang-layang bagai bulu sehelai prb ringan pd pandangan orang kerana hina (anak yatim atau orang dagang);


237. berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap prb mengerjakan sesuatu dgn tidak mengetahui caranya (mendatangkan kerugian sahaja);


238. menebas buluh serumpun prb merosakkan nama seluruh keluarga;


239. spt buluh perindu ditiup angin tatkala dinihari prb bunyi suara yg sangat sedih;


240. spt pohon buluh ditiup angin prb perihal orang yg lemah lembut, tetapi keras kemahuannya;


241. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung prb mematuhi peraturan dll tempat yg didiami;


242. bumi mana yg tiada kena hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (kesalahan);


243. bagai bumi dgn langit prb sangat berbeza (tabiat dll);


244. biar pecah perut, bumi merekah prb menyatakan tidak mahu melakukan sesuatu;


245. jadi bumi langit prb orang yg diharapkan pertolongannya dan dituruti nasihatnya;


246. sebesar-besar bumi, ditampar tak kena prb betapa mudah nampaknya sesuatu perkara, tetapi tiada teruruskan juga;


247. bunga bukan sekuntum = kalau bunga tidak sekuntum = bunga tak sekaki, kumbang tak seekor prb laki-laki atau perempuan itu tidak seorang sahaja di dunia ini;


248. bunga dipersunting, sudahnya akan layu prb sesuatu yg dipakai akhirnya akan buruk (masih baru dikasihi, sudah lama terbuang);


249. bunga dipetik, perdu ditendang = bunganya dipersunting, pangkalnya diberaki prb isteri dikasihi, mentua dibenci (gemar akan hak orang, tetapi orang itu dibenci);


250. bunga gugur putik pun gugur, tua gugur masak pun gugur prb setiap manusia akan mati (baik muda mahupun tua);


251. bunga kembang berbalik kuncup prb mula-mula mahu menurut, kemudian ingkar;


252. bunga yg harum itu ada durinya prb yg megah itu ada juga celanya;


253. bunga yg layu balik kembang prb tatkala ternyata kebenaran seseorang yg tertuduh;


254. buang bunga ke jirat prb berbudi kpd seseorang yg tidak mengenang (memerlukan) budi orang;


255. di mana bunga yg kembang, di situ kumbang yg banyak prb di mana ada perempuan cantik, di situ ramai laki-laki;


256. kalau dicampak bunga, tak akan dibalas dgn tahi prb kalau kita berbuat baik kpd orang, tidak akan dibalasnya dgn kejahatan;


257. laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak prb orang yg elok dan tampan tetapi tiada berbudi;


258. laksana kera dapat bunga prb tiada dapat menghargai barang yg bagus;


259. lempar bunga dibalas dgn lempar tahi prb kebaikan dibalas dgn kejahatan;


260. sayang bunga layu di pohon prb perihal seorang gadis yg tiada bersuami hingga tua;


261. sebab kasih akan bunga setangkai, dibuang bunga seceper prb kerana kasih seseorang disia-siakan orang yg banyak;


262. umpama kasihkan bunga seceper, terbuang bunga sekaki prb kerana kasihan kpd orang banyak, disia-siakan kaum yg seorang;


263. spt bunga, sedap dipakai layu dibuang prb dikasihi semasa muda, dibenci apabila tua


264. bungkus tulang dgn daun talas prb menyembunyikan rahsia dgn tidak hati-hati (mudah saja diketahui orang);


265. sepandai-pandai bungkus, yg busuk berbau juga prb perbuatan yg salah itu lambat-laun akan ketahuan juga;


266. bagai bunyi siamang kenyang prb banyak cakap kerana mendapat kesenangan;


267. kerana mendengar bunyi prb terpedaya kerana mendengar berita baik;


268. setengah bagai bunyi enggang, setengah bagai bunyi kuau prb pendapat orang bermacam-macam (berlain-lainan);


269. buruk muka, cermin dibelah prb kesalahan dibuat sendiri tetapi dilemparkan kpd orang lain;


270. buruk perahu buruk pangkalan prb tidak mahu melihat rumah bekas isteri (bekas tempat bekerja);


271. buruk tak tahu akan hinanya prb tidak insaf akan kekurangan diri sendiri;


272. buru-buruk (bak) embacang prb pengetahuan (akal) bukan hanya terdapat pd orang yg elok rupa sahaja;


273. biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati prb pakaian yg elok mudah dibeli tetapi berlainan halnya dgn budi bahasa yg halus;


274. tiada buruk yg tiada elok prb orang yg berselisih itu akan berbaik juga;


275. tiada elok yg tak buruk prb orang yg berbaik-baik itu akan berselisih juga;


276. burung gagak itu jikalau dimandikan dgn air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih warnanya prb orang yg sudah bertabiat jahat tidak dapat dibaiki lagi;


277. burung terbang dipipiskan lada prb belum tentu lagi diperoleh sesuatu, sudah direka-reka akan gunanya;


278. burung yg liar jangan dilepaskan, khabar yg mustahil jangan didengarkan prb jangan dipercayai khabar yg tidak diketahui dgn sah kebenarannya;


279. dengarkan cerita burung, anak di pangku dilepaskan prb meninggalkan urusan sendiri utk mengurus hal orang lain;


280. harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan prb kerana mengharapkan keuntungan besar yg tidak tentu, keuntungan kecil yg sudah pasti dilepaskan;


281. ibarat burung, mata lepas badan terkurung prb walaupun terpelihara baik, tetapi tidak mempunyai kebebasan;


282. ibarat burung, mulut manis jangan dipakai prb kata yg manis-manis selalu mengandungi semu (orang yg bodoh lekas terpengaruh olehnya);


283. kuat burung kerana sayap prb tiap-tiap orang mempunyai kekuatannya sendiri;


284. laksana burung diam dlm sangkar prb hal seseorang yg tiada bebas;


285. membadai burung atas langit, merendah diharap jangan prb janganlah mengharap-harap benda yg susah didapat itu;


286. satu sangkar dua ~ prb dua orang perempuan memperebutkan seorang laki-laki;


287. umpama burung, tumpang beramai kawan yg banyak prb orang dagang itu tiadalah tetap hatinya di negeri orang;


288. busuk tak tahu dibaunya prb tidak insaf akan kekurangan dirinya;


289. mana busuk yg tiada berbau prb tiap perbuatan jahat lambat-laun akan ketahuan juga;


290. telah busuk maka dipeda prb sudah terlambat baru dikerjakan;


291. bagai si buta pergi bergajah prb pekerjaan yg sia-sia (tidak mungkin dapat dilakukan);


292. bongkok baru betul, buta baru celik prb orang yg hina dan papa kalau mendapat kesenangan maka mengada-ngada;


293. orang buta dapat tongkat, dipukulkan buta tuli = spt si buta baru melihat prb sombong kerana baru beroleh kekayaan (kemuliaan);


294. orang buta diberi bersuluh prb perbuatan yg sia-sia;


295. spt orang buta kehilangan tongkat prb berada dlm kesukaran;


296. si buta membilang bintang di langit prb membuat pekerjaan yg sia-sia;


297. yg buta peniup lesung prb walau bagaimanapun bodoh dan lemahnya orang, ada juga gunanya;


298. pecah buyung tempayan ada prb laki-laki atau perempuan tidak seorang sahaja (hilang yg satu ada gantinya yg lain);

No comments: