Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

22 March 2012

Peibahasa Dewan (O)


  1. ombaknya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan prb telah kedengaran beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi;

  2. ombak yg kecil jangan diabaikan prb jangan dipermudah-mudahkan perkara-perkara kecil yg boleh mendatangkan bahaya;

  3. bagai ombak Purus prb a) deru yg amat menghibakan; b) riuh suara orang ramai;

  4. menguap-nguap bagai orang ombak prb perihal orang yg ketagihan candu dll;

  5. payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi prb setelah beberapa lama menanggung susah akhirnya tercapai juga cita-citanya (terlepas juga drpd sengsara);

  6. spt ombak membanting diri prb perihal seseorang yg dlm keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan;

  7. silih berganti bagai ombak di tepi pantai prb keadaan hidup yg tiada tetap (sekali susah, sekali senang);

  8. yg ombak itu ombak jua, yg air itu air jua prb serupa benar

  9. lagak Padang, omong Betawi prb cakap tinggi tetapi tidak berisi

  10. orang berdendang di pentasnya, orang beraja di hatinya prb mengikut rasa hati masing-masing;

  11. orang kaya suka dimakan, orang elok selendang dunia prb perihal orang kaya yg selalu berjamu dan menolong orang miskin (satu pujian);

  12. orang muda menanggung rindu, orang tua menanggung ragam prb tiap-tiap anak muda itu ada yg dirinduinya (nasihat kpd orang tua);

  13. orang tua diajar makan pisang (dadih) = jangan diajar orang tua makan dadih prb orang yg sudah tahu (pandai dll) itu jangan diajar lagi;

  14. apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak, apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang prb perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yg berkuasa Tuhan jua;

  15. bak orang gombang di lebuh prb elok di luar sahaja sedang di dlm tidak elok (tidak sempurna);

  16. lain orang, lain hati = makin banyak orang makin banyak niat prb kesukaan tiap-tiap orang itu tidak sama (fikiran, kemahuan, dll);

  17. spt menanti orang dahulu, mengejar orang kemudian prb pekerjaan yg sia-sia;

  18. takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat prb sebodoh-bodoh orang, takkan mahu terkena dua kali (sekali terkena sudah tidak berani lagi);

  19. orang tabung seruas prb perihal dua orang yg berlainan tabiatnya (iaitu seorang suka berahsia dan yg satu lagi lurus)

  20. bukan otak minyak prb perihal seorang yg bodoh

09 March 2012

Peibahasa Dewan (N)

1. tinggal nadi prb perihal orang yg sakit tenat


2. nafsu-nafsi, raja di mata, sultan di hati prb melakukan sesuatu dgn sesuka hati sendiri


3. bulan naik, matahari naik prb mendapat untung dan bahagia kiri kanan;


4. naik dr janjang, turun dr tangga prb membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya;


5. naik melompat, turun terjun = naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi = naik spt semut, turun spt ribut prb hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali


6. membasuh najis dgn mala prb menutup kesalahan atau rasa malu dgn cara yg lebih menghinakan lagi


7. bagai nakhoda kasap, hujung hilang pangkal lesap prb membuat pekerjaan yg membawa kerugian (perbelanjaan yg berlebih-lebihan);


8. belayar dgn nakhoda, berjalan dgn yg tahu, berkata dgn yg pandai prb sebarang pekerjaan yg besar itu hendaklah diketuai pelaksanaannya oleh orang yg ahli supaya selamat


9. orang makan nangka, awak kena getah prb orang lain yg berbuat salah, kita yg mendapat kesusahan (menanggung akibatnya);


10. siapa makan nangka maka kena getahnya prb siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung hukuman


11. nasi habis, budi bersama prb sahabat yg ketahuan buruk lakunya;


12. nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang prb perihal orang yg bersekutu tetapi keuntungan diambil seorang diri;


13. nasi sudah menjadi bubur prb perbuatan yg sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi);


14. nasi tak dingin pinggan tak retak prb orang yg cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja tetapi jarang yg rosak;


15. apa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar prb seseorang itu apabila rosak hatinya akan berubahlah perangainya;


16. biar nasi terbuang asal jangan periuk pecah prb biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin);


17. buat nasi tambah prb penambah penghasilan yg telah ada;


18. membuangkan nasinya yg tersaji di lutut prb seseorang yg meninggalkan kerja yg senang lalu mencari pekerjaan yg lebih susah;


19. menantikan nasi (disajikan) di mulut prb perihal orang yg pemalas menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja


20. negeri gedang, rumah gedang, berapa pun panjang perian tak akan tersanduk prb orang kaya yg murah hati biarpun banyak orang yg meminta pertolongan kepadanya tidaklah ia akan gusar atau susah;


21. alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh prb jika alpa atau sia-sia kerugian dan bencana juga yg menimpa;


22. ibarat negeri berubah resam prb hal manusia itu berubah-ubah fikirannya;


23. ke negeri cacing prb mati;


24. spt negeri dialahkan geroda prb negeri atau kampung yg menjadi sunyi kerana penyakit atau malapetaka yg lain


25. neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan prb fikiran atau pendirian seseorang itu boleh berubah-ubah;


26. neraca yg palingan, bungkal yg piawai prb perihal hakim yg adil hukumannya


27. nikah maharaja Boma (bumi) prb orang yg kerap kali berkahwin atau orang yg berkahwin dgn tidak mengeluarkan belanja apa-apa;


28. masam bagai nikah tak suka prb tidak bersenang hati spt orang yg dipaksa kahwin


29. sebab nila setitik, rosak susu sebelanga prb kerana yg sedikit, rosak yg banyak


30. padam nyala tarik puntung prb di mana mati di situlah ditanam


31. nyamuk mati gatal tak lepas prb menaruh dendam terhadap orang yg berbuat jahat kpd kita walaupun ia sudah dihukum


32. nyawa bergantung di hujung kuku prb dlm keadaan yg sulit dan berbahaya;


33. satu nyawa dua badan prb sehidup semati (bkn dua orang sahabat atau sepasang suami isteri)


34. bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian prb murid-murid umumnya mencontohi kelakuan guru (terutama yg tidak baik)


35. apabila patah tumbuh nyiur itu, tumbuh nyiur juga akan gantinya prb ganti yg hilang itu mestilah yg sama pula;


36. laksana nyiur, mumbang dibuat pincuk hendak menghilangkan kelat prb tidak boleh orang yg bukan bangsawan itu disuruh mengatur kedudukan orang besar-besar dlm sesuatu majlis;


37. orang yg bertanam pokok nyiur, terkadang-kadang tiada makan buahnya prb orang yg menghimpun harta atau berbuat sesuatu itu adakalanya tidak mendapat faedah daripadanya;


38. umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang prb mendengar perkataan orang hendaklah dipilih mana-mana yg baik dan benar, dan yg buruk dibuang