Sukakan Peribahasa SPM? Sila tekan butang 'Like' di bawah.

Mutiara Kata

AKAL


1. Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka adalah jahil (Sayidina Ali Abi Talib)

2. Apabila sempurna akal, kurang perkataan. (Sayidina Ali Abi Talib)

3. Sifat marah ialah musuh utama akal. (Sayidina Ali Abi Talib)

4. Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula dia berkata-kata. (Sayidina Ali Abi Talib)

5. Dada orang yang berakal itu ialah peti rahsianya. (Sayidina Ali Abi Talib)

6. Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima nasihat dan meminta nasihat. (Saidina Umar al-Khattab)

7. Walau bagaimana alim pun seseorang itu dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedomankan kepada akal. (Lukmanul Hakim)

8. Hairan melihatsetiap hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak pernah menyisir otaknya. Memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci hatinya. Menggosok kasutnya tetapi tidak akalnya. (Hamka)



MASA

9. Waktu ialah penasihat yang paling bijaksana. (Pericles)

10. Istilah tidak ada masa bukan merupakan alasan yang jujur kerana pada dasarnya kita semua memiliki masa 24 jam setiap hari. Yang perlu ditingkatkan ialah membahagikan masa dengan lebih cermat. (George Downing)

11. Seandainya saya punya waktu sebanyak lapan jam untuk menebang pokok, akan saya habiskan enam jam untuk mengasah kapak saya. (Abraham Lincoln)

12. Masa depan dibeli oleh masa sekarang. (Samuel Johnson)

13. Setiap jam dalam umur manusia itu ada gunanya. Justeru, masa yang sudah ditentukan bagi jam ini tidak akan didapati lagi pada jam yang lain seumur hidup kita. (WJ Brown)

14. Anda memerlukan lebih daripada 20 tahun untuk membina reputasi tetapi untuk memusnahkannya, anda hanya memerlukan masa lima minit. (Warren B.)


BANGSA

15. Bangsa penakut tidak dapat merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan merupakan penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. (Andre Colin)

16. Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup. (Tun Dr. Mahathir Mohamad)

17. Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap. (Ahmad Shauqi Bey)

18. Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tetapi fikiran mereka masih terbelenggu oleh penjara diri. (Dr. HM Tuah lskandaral-Haj)

19. Bangsa yang tidak percaya akan kekuatan diri tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka. (Soekarno)

20. Tidak ada satu bangsa pun di dunia ini yang dapat mencapai kemajuan dengan hanya bermodalkan kata-kata, sebaliknya bangsa yang maju ialah mereka yang gigih berusaha. (Tan Sri Mustafa Jabar)

21. Tinggi rendahnya darjat bangsa itu bengantung pada ketinggian darjat kaum wanitanya. (Charles Fourier)


CITA-CITA

22. Jangan biarkan cita-cita yang sedang panas itu mati kerana sejuk. (Carlyle)

23. Cita-cita bererti juga kerelaan bekerja untuk kebaikan dan kepentingan orang lain. (Shahrir)

24. Berusaha untuk mencapai cita-cita bagi diri sendiri itu mulia tetapi mencapai cita-cita bangsa jauh lebih mulia. (Lazarus)

25. Cita-cita besar tidak mungkin dicapai hanya dengan target kecil serta usaha yang biasa-biasa sahaja. (Andrie Wongso)

26. Kita tidak akan naik pada darjat yang tinggi kecuali dengan cita-cita yang kuat. (Habib Umar Hafidz)

27. Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, namun cita-cita manusia tidak pernah padam. (Hamka)


USAHA

28. Jangan hentikan usaha yang mulia selagi hasilnya belum kita kecapi. (William Shakespeare)

29. Kepuasan letaknya pada usaha, bukan pada basil. Berusaha dengan keras merupakan kemenangan yang hakiki. (Mahatma Gandhi)

30. Selagi kita bernyawa, kita mestilah bekerja menabur bakti untuk bangsa dan negara. Itulah kebaikan yang sebenar. ( Ibn Zain)

31. Kerja yang dilakukan dengan senang yang tidak kenal putus asa, dapat mengatasi segala-galanya. (Vergilius)

32. Jangan menilai pekerjaan seseorang sebelum pekerjaannya diselesaikan. (Elizabeth Barret Browning)
33. Kita bekerja bukan untuk memiliki wang semata-mata, melainkan untuk menunaikan kewajipan kita. (Ching Hai)

34. Apa-apa pun tugas bidup andat, lakukanlah dengan baik. Seseorang itu harus melakukan pekerjaannya dengan sebaik mungkin sehingga mereka yang masih hidup, yang sudah meninggal dunia, dan yang belum lahir tidak mampu melakukannya dengan lebih baik lagi. (Martin Luther King)

35. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebila mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. (Richard Brinsiey Sheridan)

36. Di Microsoft, kami memberikan kuasa kepada pekerja melaksanakan dan menjadikan idea menjadi kenyataan. Sasaran kita boleh berubah, tetapi nilai tidak boleh berubah. (Steve Ballmer)

37. Selain rela untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa bergantung juga pada kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. (Soekarno)

38. Kerja dapat mendatangkan penghargaan kepada penghidupan. Seseorang yang bekerja harus yakin akan tujuan pekerjaannya itu. (Thomas Alva Edison)

39. Apa yang tuan lakukan sekiranya tuan dilantik menjadi Timbalan Presiden. “Saya pasti memperjuangkan kebajikan masyanakat walaupun saya mati ditembak kerana hal tersebut.” (Jack Hathaway)

40. Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup melaksanakan sesuatu kerja dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya. (Hukama)


ADAB

41. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaanmu, kerana engkau dipandang manusia bukan kenana rupa tetapi kerana kesempunaan budi dan adab. (Nabi Muhammad SAW)

42. Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah. (Wahab Munabin)

43. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka)

44. Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati manusia yang keras. (Hamka)

45. Adab dan sopan lebih penting daripada makan dan minum. (Aristotle)

46. Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab rendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat. (Khalifah Abdul Malik Marwan)

47. Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah danipadanya. (Confucius)


AGAMA

48. Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosakkan jiwa. Agama tidak menyuruh melakukan sesuatu perkara, kalau suruhan itu tidak membawa keselamatan dan kebahagiaan jiwa. (Hamka)

49. Kepercayaan kepada Tuhan telah ada dalam lubuk jiwa manusia. Namun begitu, kepercayaan tentang adanya Allah itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat. (Hamka)

50. Manusia masih berbuat jahat padahal sudah ada agama, bagaimana jadinya kalau tidak ada agama? (Benjamin Franklin)

51. Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh. (Albert Einstein)


ILMU

52. llmu merupakan sesuatu yang bermanfaat dan bukannya apa-apa yang hanya dihafal semata-mata. (Imam al-Syafie)

53. Langkah pertama untuk mendapatkan pengetahuan adalah dengan mangetahui bahawa kita tidak berpengetahuan. (Cecil B. DeMille)

54. Kepuasan jiwa kerana mencari pengetahuan itulah kepuasan yang sejati. (Ibnu Rusyd)

55. Pelajarilah ilmu. Pelajarilah ilmu itu untuk ke ketetapan hati, dan kelembutan jiwa. Tunduklah dengan merendahkan diri kepada guru anda. (Saidina Umar al-Khattab)

56. Ilmu merupakan harta anda yang kekal. (Hamka)

57. Ilmu itu didapati dengan gemar lidah yang yang suka bertanya dan akal berfikiran. (Abdullah lbnu Abbas)



SAHABAT

58. Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak dapat mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari. (Saidina Ali Abi Talib)

59. Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi daripada nenek moyang. (Saidina Ali Abi Talib)

60. Persahabatan adalah cinta yang timbal balik. (Franciscus Sales)

61. Dosa yang seburuk-buruknya kepada rakan kita bukanlah kerana kita benci akan mereka tetapi kerana kita bersikap bermuka-muka terhadap mereka. (George Bernard Shaw)

62. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahahatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Hal ini merupakan salah satu perkara yang membuat persahabatan lebih berharga daripada cinta. (Mille de Scuderu)

63. Teman sejati ialah orang yang meraih tangan anda dan menyentuh hati anda. (Heather Pryor)

64. Cari sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belum banyak. Jauhilah seorang musuh kerana yang seorang itu sudah lebih daripada seribu rakan. (Lukmanul Hakim)

65. Sahabat yang sejati ialah orang yang dapat berkata benar kepadamu, sebaliknya bukan seorang yang dapat membenarkan kata-katamu. (al-Hakim)



SEMANGAT

66. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding dengan kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. (Flower A. Newhouse)

67. Tanpa semangat tidak ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan. (El Leseur)



KEADILAN

68. Adil ada menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah, membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya, dan jangan berlaku zalim. (Hamka)

69. Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, merupakan puncak segala keberanian. (Hamka)

70. Yang menjadi kepala pemerintah ialah kebenaran dan yang menjadi hakim yang paling berkuasa ialah keadilan. (Hamka)

71. Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin dihadapan keadilan sama sahaja. (Hamka)

72. Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim. (Saidina Umar al-Khattab)

73. Keadilan yang ada pada diri seseorang raja laksana sebutir mutiara. Meskipun yang empunya telah meninggal dunia, mutiara itu tetap bercahaya. (Hukama)

74. Keadilan ialah kebenaran dalam kewujudan tindakan. (Benjamin Disraeli)



KEBAHAGIAAN

75. Arahkan hidup anda sehingga anda bersikap baik dan bersahabat dengan semua orang di sekeliling anda dan anda akan terkejut apabila mendapati betapa bahagianya hidup yang anda jalani. (Charles M. Schwab)

76. Kebanyakan orang berasa bahagia apabila mereka mahukan kebahagiaan dalam fikiran mereka. (Abraham Lincoln)

77. Kebahagiaan letaknya pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. (Imam al-Ghazali)

78. Orang yang berasa bahagia itu ialah orang yang mengambil pengajaran daripada orang lain. (Abdullah Mas’ud)

79. Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan. (Mognon Me Lauhlin)

80. Kita melihat kebahagiaan itu seperti pelangi, tidak pernah berada di atas kepala kita sendiri tetapi selalu berada di atas kepala orang lain. (Thomas Hardy)



KEJAYAAN

81. Orang yang berjaya dalam hidup ialah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepada tujuan itu tanpa menyimpang. (Cecil B. DeMille)

82. Kejayaan tidak datang kepada manusiayang leka. (Charles Cahier)

83. Kejayaan itu suatu perjalanan, bukan suatu tempat tujuan. Separuh daripada keseronokan itu diperoleh semasa kita menuju ke sana. (Gita Berlin)

84. Rahsia kejayaan ialah ketekalan matlamat. (Benjamin Disraeli)

85. Rahsia kejayaan adalah dengan mengetahui sesuatu yang orang lain tidak tahu. (Aristotle)

86. Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia utama untuk mencapai kejayaan. (Ralph Wald Emerson)

87. Jalan kejayaan terletak pada dua kalimah; kerja kuat dan berhemat. (Benjamin Franklin)



KEGAGALAN

88. Sembilan puluh sembilan peratus kegagalan datangnya daripada orang yang suka memberikan alasan. (George Washington Carver)

89. Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kita pasti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga akhir hayat. (Aristotle)

90. Manusia merancang untuk gagal tetapi mereka gagal merancang. (William .J Siegel)

91. Kegagalan bukan bererti kehancuran tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan. (Pythagoras)

92. Kegagalan merupakan asas kemenangan (Lao Tze)

93. Gagal dalam kemuliaan lebih baik daripada menang dalam kehinaan. (Walter B. Pitkin)

94. Orang yang gagal sekali-kali tidak rugi, selagi dia belum berputus asa. (Lord Efebry)

95. Kegagalan sering disebabkan oleh kekurangan kekuatan tenaga bukan kekurangan modal. (Daniel Webster)

96. Takut akan kegagalan seharusnya tidak menjadi alasan untuk tidak mencuba sesuatu. (Frederick Smith)



KEBIJAKSANAAN

99. Orang bijaksana berfikir dua kali sebelum berbicara sekali. (Hajji Bektasy Wali)

100. Tingkah laku yang sopan dan normal terhadap orang lain merupakan dua sifat utama seorang yang bijaksana. (Benjamin Disraeli)

101. Orang yang bijaksana ialah orang yang mengetahui sejauh mana dia dapat pergi. (Jean Cocteau)

102. Orang yang dapat menguasai dirinya sendiri merupakan orang yang bijaksana. (Eugane)

103. Kebijaksanaan adalah keupayaan untuk bertindak pada masa yang benar-benar tepat. (Elbert Hubbard)



KEBENARAN

104. Orang yang berasa menang kerana menentang kebenaran tetapi kebenaran itu pasti akan mentertawakannya juga (Hamka)

105. Tidak semua orang yang menolak kebenaran itu tidak táhu bahawa yang ditolaknya itu benar. (Hamka)

106. Manusia mempunyai batas kekuatan sedangkan kebenaran tidak dapat dibatasi. (Hamka)

107. Kesusahan merupakan jalan menuju kebenaran. (Bijron)

108. Orang yang sengaja menyorokkan kebenaran merupakan orang yang lemah. (Hamka)

109. Katakanlah yang benar walaupun pahit. (Hobben)



KEHIDUPAN

110. Kehidupan yang penuh kesalahan lebih berharga dan lebih berguna jika dibandingkan dengan hidup tanpa melakukan apa-apa. (George Bernard Shaw)

111. Kehidupan yang tidak teruji bukan kehidupan yang berharga bagi seseorang. (Socrates)

112. Kehidupan ini seperti permainan catur, siapa yang dapat memandang jauh ke depan dialah yang menang. (Syney Charles Buxton)

113. Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan darah. (Hamka)

114. Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya; hidup di tepi jalan dan dilempari orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah. (Abu Bakar Sibli)

115. Hidup itu ialah kemahuan. (Schopenhauer)

116. Hidup bukanlah berfikir semata-mata tetapi bertindak. (Woodrow Wilson)

117. Hidup ini terlalu singkat untuk memikirkan persoalan-persoalan yang kecil. (Benjamin Disraeli)





PENGALAMAN

118. Anda tidak dapat mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya. (Albert Camus)

119. Anda memerlukan sebanyak mungkin pengalaman getir untuk menzahirkan keunggulan anda. (Richard Nixon)

120. Kesalahan orang muda ialah mereka berpendapat bahawa kebijaksanaan itu tidak memerlukan pengalaman. Sementara kesalahan orang tua ialah mereka berpendapat bahawa pengalaman itu tidak memerlukan kebijaksanaan. (George Bernard Shaw)